KEK PISANG COKLAT

Assalamualaikum,

Untuk minum petang ni apa kata mencuba resepi kek pisang coklat sebagai pelengkap hidangan. Kek ini sudah lama saya buat dan baru hari ini di masukkan ke blog kerana saya kurang berpuashati dengan mutu gambar yang di ambil hanya memakai handphone. Tak mengapalahkan...yang penting saling berkongsi resepi, mana tau ada yang ingin cuba membuatnya. Walaupun gambar kek ini kurang jelas, rasanya sedap tau. :)

Saya menambah adunan coklat untuk memancing selera anak-anak sebab anak sulung saya kurang suka dan mengelak hidangan yang berasaskan pisang. Bila saya masukkan aduan coklat berselang-seli dengan pisang, berselera pula dia menjamahnya.

Resepi ini saya ambil hasil dari sumbangan teman di group masakan FB (GTPM). Inilah untungnya jika saling berkongsi resepi walaupun di dunia maya. Boleh merasa masakan sedap dan memahirkan lagi skill memasak. 

KEK PISANG COKLAT 
Sumber : Mazita Jasamai (GTPM)

Bahan A
5 biji pisang 
4 biji telur 
1 cawan minyak masak / minyak sayuran 
1 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla (saya tambah)

Bahan B
1 1/2 Cawan tepung gandum 
1 sudu teh soda bikarbonate
1 sudu teh cream of tartar

Bahan C
 1/2 Cawan serbuk koko 

Cara-cara:-

1. Kisar semua bahan A dengan blender dan tuang ke dalam sebuah mangkuk besar.


2. Ayak bahan B dan campurkan dengan bahan A. Kacau dengan dengan whisk.

3. Asingkan setengah adunan kedalam sebuah mangkuk. Masukkan serbuk koko kedalam satu adunan dan kacau.


4. Lapiskan adunan kek berselang-seli untuk mendapatkan corak berbelang.

5. Masukkan adunan kedalam loyang dan bakar pada suhu 180'c dan bakar selama 45minit atau sehingga masak (bergantung kepada oven masing-masing).


1 ulasan:

Sila tinggalkan komen :)