Assalamualaikum,
Bihun sup utara adalah salah satu dari makanan favourite saya sekeluarga, dan lebih sedap lagi jika menggunakan daging segar dan tulang lembu di dalam kuah sup tersebut. Memandangkan bihun sup saya kali ini di buat atas permintaan ibu yang mengelak dari makan daging lembu bagi mengawal tekanan darah tingginya, saya gantikan daging dengan ayam.
Untuk melazatkan lagi rasa kuah sup, saya memasukkan sedikit gula batu dan ini adalah petua yang saya dapat dari seorang sahabat. Hasilnya memang sedap sekali.
Jomlah kita lihat resepi bihun sup utara yang saya ambil dari Chef sifu saya, Kak Hanieliza dari buku masakannya 1 hari 1 resepi.
CARA MEMBUAT KUAH
1. Rebuskan bahan kuah hingga daging betul-betul lembut.
2. Celurkan bihun supaya lembut dan toskan. Masukkan bihun, daging serta bahan hiasan di dalam mangkuk dan letakkan kuah.
3. Hidangkan dengan sambal merah, limau kasturi, lobak masin, bawang goreng serta daun sup/daun bawang.
BAHAN UNTUK SAMBAL
15tangkai cili kering, 4 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih dan satu labu bawang besar - di kisar halus
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan cuka
1 sudu teh gula dan garam secukup rasa.
CARA MEMBUAT SAMBAL MERAH
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang di kisar hingga wangi dan pecah minyak.
2. Masukkan sos tomato dan sos cili, kemudian kacau rata sehingga pecah minyak. Masukkan cuka dan gula, masak lagi hingga pekat.

BIHUN SUP UTARA
Bahan-bahan
Bahan A
1 bungkus bihun dan dua sudu makan serbuk kunyit (di rendam dan celur sebentar dengan air panas)
Bahan B (Untuk Kuah)
1 ekor ayam (berat kira-kira 1kg)
2 inci halia - di ketuk
3 ulas bawang putih - di hiris
5 biji bawang merah - dihiris
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
garam secukup rasa
air secukupnya
CARA MEMBUAT KUAH
1. Rebuskan bahan kuah hingga daging betul-betul lembut.
2. Celurkan bihun supaya lembut dan toskan. Masukkan bihun, daging serta bahan hiasan di dalam mangkuk dan letakkan kuah.
3. Hidangkan dengan sambal merah, limau kasturi, lobak masin, bawang goreng serta daun sup/daun bawang.
BAHAN UNTUK SAMBAL
15tangkai cili kering, 4 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih dan satu labu bawang besar - di kisar halus
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan cuka
1 sudu teh gula dan garam secukup rasa.
CARA MEMBUAT SAMBAL MERAH
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang di kisar hingga wangi dan pecah minyak.
2. Masukkan sos tomato dan sos cili, kemudian kacau rata sehingga pecah minyak. Masukkan cuka dan gula, masak lagi hingga pekat.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)