Selalu kalau teringin nak makan mee claypot yang halal, port utama kita adalah ke food courts seperti Tesco. Tapi di rumah juga kita boleh menyediakan sendiri mee claypot yang enak seperti yang di sediakan di food courts, malah terjamin kebersihannya. Boleh lebihkan ayam, cendawan shitake dan fishball sesedap rasa seperti yang kita inginkan.
MEE CLAYPOT
Bahan-bahan
Mee Kuning
Isi ayam
Sekeping Fish cake
6 biji fish ball
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
Beberapa helai daun sawi
4 keping Cendawan Shitake (di rendam hingga lembut dan di potong)
Bunga Kobis
1 biji telur ayam (utk seorang makan)
1 sudu teh minyak bijan (untuk membangkitkan rasa & bau)
1 kiub ayam
Cili api
Kicap cair
2 cawan air
Cara-cara membuatnya:
1.Tumis bawang putih dan masukkan isi ayam, di kacau hingga wangi dan kekuningan dan masukan 2 cawan air.
2.Pecahkan telur dan biarkan keras sedikit.
2.Masukkan minyak bijan,sayuran, fish Ball, fish cake, cendawan, kiub ayam dan renihkan. Akhir sekali masukan mee kuning.
3.Jangan lama-lama sangat agak-agak mee dah lembut dan telur dah masak, tutup api.
4.Dah siap bolehlah dihidangkan dengan cili api yang dipotong-potong & dicampurkan dgn kicap cair.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)