Assalamualaikum :)
Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hasrat untuk menghasilkan blog sendiri dan berkongsi resepi serta petua-petua di ceruk dapur dengan teman alam maya. Semoga ianya bermanafaat untuk semua.
Entry pertama adalah resepi kerabu mangga, atau di sebelah utara di sini di sebut kerabu mempelam. kecur air liur bila sebut tentang mempelam. Resepi ni ringkas dan mudah di sediakan. Sesiapa pun boleh sediakan asalkan ada kemahuan dan yang penting ada bahan asasnya iaitu mempelam muda.
Jom kita check resepinya...
KERABU MANGGA
2 biji mangga muda
Cili padi, ikut nak pedas macam mana (saya guna 5 biji je)
2 sudu besar udang kering
2 labu bawang besar - di mayang
1 biji tomato - di mayang
1 sudu gula
2 biji limau kasturi
sedikit sos ikan (jika letak sos ikan, jgn letak garam lagi..takut terlebih masin)
kacang tanah goreng ditumbuk kasar
Gula secukup rasa
Cara membuat:
Mangga dikupas dan dihiris halus-halus memanjang
Campurkan bawang besar, cili, gula, sos ikan, udang kering, air perahan limau dan cukup rasa hingga sebati atau hingga gula agak hancur.
Masukkan mangga, tomato & kacang tanah dan gaul hingga sebati, dah siap.

0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)