Assalamualaikum,
Coleslaw adalah salah satu daripada pelengkap hidangan barat dan kalau dirumah ini anak-anak suka makan dengan roti bun kosong ataupun ayam goreng. Ada berbagai versi resipi coleslaw dan saya suka resipi dibawah ini kerana hasilnya memang menepati selera dan yang penting sekali ianya tidak berair. Resipi ini saya intai dari blog Che Mat dan resipi asal dari Chef Hussin.
Terima kasih untuk keduanya atas perkongsian dan izinkan saya panjangkan di laman blog ini pula untuk pembaca yang ingin mencubanya. Dan jangan lupa, baca juga 4 tips menjaga kesegaran coleslaw.
RESIPI COLESLAW DAN 4 TIPS MENJAGA KESEGARANNYA
Bahan-bahannya :
¼ biji kobis bulat – dihiris halus
½ batang lobak merah - dicincang halus
½ biji bawang besar - dadu halus
2 sudu besar besar cuka makan
3 sudu besar gula pasir
Garam secukup rasa
Mayonis secukupnya
CARA MEMBUATNYA :
1. Kobis dihiris halus, cuci dan toskan.
2. Seterusnya gaul rata kobis tersebut dengan gula dan cuka makan, perap 30 minit.Kemudian perah dan letak dalam bekas.
3. Satukan dengan bawang dan lobak merah tadi, gaul rata.
4. Tambah mayonis secukupnya dan perasakan dengan sedikit garam. Gaul rata dan simpan dalam peti sejuk. Hidangkan dingin.
Berikut pula adalah 4 tips menjaga kesegaran coleslow sebagai panduan.
4 TIPS MENJAGA
KESEGARAN COLESLAW
1. Bagi menjaga kesegaran coleslaw, buat dalam kuantiti sebanyak yang anda rasa akan makan pada satu
hidangan sahaja.
2.
Campuran coleslaw biasanya digabungkan dengan mayonis, jadi penting untuk
menyejukkannya secepat mungkin selepas ianya digaul.
3.
Jika
anda bercadang membawa coleslaw untuk berkelah ataupun barbeque, pastikan ianya diletakkan didalam bekas berisi pek ais. Coleslaw
yang berada pada suhu bilik selama lebih dari dua jam, akan hilang kesegaran
dan dikhuatiri memudaratkan kesihatan jika ianya masih dimakan.
4.
Keracunan
makanan yang berkaitan dengan coleslaw biasanya dikaitkan dengan bakteria daripada
kobis. Pastikan anda mencuci kobis yang telah diracik hingga bersih dan toskan sebelum
digunakan.
5.
Untuk
mengelakkan coleslaw daripada berair, selepas kobis diperap dengan cuka dan gula selama 30minit,
perah kobis tersebut sebelum digaul dengan lobak merah, bawang dan mayonis.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)