Assalamualaikum,
Walaupun lebaran telah berlalu diharap perkongsian resipi Biskut Badam Lebaran ini masih lagi bermanafaat dan sesuai bagi yang ingin mencubanya. Iyelah tak semestinya tunggu lebaran atau musim perayaan untuk buat biskut, kan. Hari-hari biasa pun boleh juga mencuba.
Jom lihat resipi yang saya sediakan dan kenali juga 5 teknik membuat biskut dibawah ini.
BISKUT BADAM LEBARAN
Bahan-bahan
250gm serbuk
badam
220gm tepung
gandum
1 sudu teh
baking powder
95gm gula
icing
½ sudu teh
garam halus
100gm minyak
jagung
50gm mentega
cair
Untuk Hiasan
1 biji telur
– dipukul ringan
Badam untuk
hiasan
Cara
membuatnya :
1. Panggang
serbuk badam pada suhu 150'c didalam oven selama lebih kurang 5 minit sambil
dikacau. Keluarkan dari oven dan sejukkan.
2. Didalam
mangkuk besar masukkan tepung gandum, baking powder dan garam halus. Masukkan
juga gula icing dan serbuk badam. Kacau agar semuanya bercampur.
3. Masukkan
pula minyak dan mentega cair dan kacau adunan hingga menjadi doh. Jika adunan
agak kering, boleh tambahkan lagi sedikit minyak.
4. Panaskan
oven pada suhu 180'c dan lapik loyang dengan kertas kek. Canaikan adunan kepada
ketebalan 1cm dan terap dengan acuan kegemaran.
5. Atur
biskut didalam loyang dan hias dengan sapuan telur dan badam diatas biskut.
6. Bakar
biskut selama lebih kurang 15 - 18minit
atau sehingga biskut masak. Setelah
biskut masak sejukkan diatas redai dan bolehlah disimpan kedalam balang kedap
udara.
KENALI 5 TEKNIK MEMBUAT BISKUT
1. CREAMING METHOD: Lemak dan gula dipukul bersama terlebih dahulu selama 1-2 minit. Masukkan telur dan bahan kering secara perlahan ke dalam adunan gula-lemak, lalu kacau dengan menggunakan spatula atau senduk. Untuk adunan ini, gunakan mentega bersuhu ruang, agar lebih mudah tercampur dengan gula.
Ciri: Menghasilkan tekstur biskut lebih ringan.
2. RUBBING IN METHOD: Digunakan dalam membuat biskut seperti shortbread. Lemak dimasukkan ke dalam bahan kering (tepung gandum, gula icing, dan rempah-rempah). Lemak yang digunakan harus dingin, agar adunan terbentuk cantik seperti yang diingini. Kadang-kadang susu, telur, dan air digunakan untuk melembapkan adunan.
Ciri: Tekstur biskut berat dan agak padat serta keras
3. THE MELTED METHOD: Mentega dicairkan terlebih dahulu dan dicampur dengan gula. Bahan kering dimasukkan ke dalamnya, sambil diuli hingga terbentuk adunan.
Ciri: Tekstur biskut yang rangup
4. THE ALL IN ONE METHOD: Dengan menggunakan bantuan food processor, semua bahan dicampur menjadi satu. Biasanya digunakan untuk membuat biskut dengan adunan yang ringan dan lembut, dengan perbandingan bahan basah lebih banyak dari bahan kering.
Ciri: Tekstur biskut yang lembut dan sangat rapuh contohnya biskut lidah kucing.
5. THE WHISKED METHOD: Bahan kering dimasukkan secara perlahan ke dalam adunan gula dan telur yang sudah dipukul hingga putih. Telur yang digunakan kadang-kadang hanya bagian putihnya saja. Ciri: Tekstur biskut ranggup tetapi di bahagian dalam sangat lembut dan mudah cair di mulut.
KENALI 5 TEKNIK MEMBUAT BISKUT
Gambar Ehsan : Google

0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)