Assalamualaikum,
Rajin tak kita update blog? Ini entry kedua untuk hari ini tau. Hihihi...sementara masih ada sikit-sikit lagi aura rajin ni baiklah guna sepenuhnya. Saya nak habiskan segala gambar dan resipi yang masih banyak tersimpan dalam draft. Dari terperuk je, baiklah dikongsi bersama...mungkin ada yang tergerak untuk mencuba.
Resipi pada petang ini adalah biskut susu pekat manis. Hanya 3 bahan je digunakan (tak termasuk coklat rice untuk hiasan) dah boleh jadikan adunan biskut. Untuk adik-adik yang baru belajar nak buat biskut sesuai sangatlah mencuba. Bolehlah tambah-tambah lagi bahan atau hiasan lain ikut kreativiti masing-masing ye.
Jom tengok resipi biskut susu pekat manis yang simple dibawah ni. Jangan lupa try tau. ;)
BISKUT SUSU PEKAT MANIS
Bahan-bahan
120ml susu pekat manis
110gm mentega
200gm tepung naik sendiri
Coklat rice – untuk hiasan
Cara membuatnya :
1. Panaskan oven pada suhu 170’c.
2.Putar susu pekat manis dan mentega selama lebih kurang 1 minit dengan mixer (kecepatan sederhana).
3.Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit. Kacau dengan spatula dan jika masih lembik boleh tambahkan sedikit lagi tepung.
4. Ambil adunan, canai dan terap dengan acuan yang sesuai.
5. Sediakan Loyang yang disapu margerin dan taburan tepung, lalu atur biskut dan hiasan dengan topping yang sesuai.
6. Bakar biskut selama lebih kurang 20minit. Setiap oven berbeza jadi sesuaikan dengan oven masing-masing.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)