Assalamualaikum,
Masih dalam proses perkongsian resipi-resipi yang masih tersimpan di dalam draft. Resipi biskut pandan kasih bertaut ini belum ada didalam entry blog fiza's cooking tetapi pernah disiarkan dalam Majalah Saji keluaran Bumper raya tahun ini. Turut disertakan 8 tips asas menghasilkan biskut bagi yang masih baru belajar. Jom lihat perkongsian dibawah ini.
BISKUT PANDAN
KASIH BERTAUT
Bahan-bahan
200gm mentega
120gm gula icing
200gm tepung gandum
50gm serbuk badam
80gm tepung jagung
Secubit garam halus
1 sudu teh pes pandan
Cara membuatnya :
1.Ayak tepung, tepung jagung dan garam halus. Masukkan
serbuk badam, kacau rata dan ketepikan seketika.
2.Putar mentega, gula icing dan pes pandan sehingga kembang
dan bercampur rata. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit hingga
menjadi doh.
3.Canai adunan kepada ketebalan 0.5cm dan terap dengan acuan
kegemaran.
4. Atur biskut didalam loyang yang telah dilapik kertas kek
terlebih dahulu dan hias dengan topping seperti coklat rice ataupun coklat
chips.
6. Bakar biskut selama lebih kurang 20minit pada suhu 170’c.
Setiap oven berbeza jadi sesuaikan dengan oven masing-masing. Sebelum itu panaskan oven sebentar.
8 TIPS MENGHASILKAN BISKUT
Gambar Ehsan Google
1. Pemilihan Tepung
Sebaiknya tepung yang digunakan untuk membuat biskut adalah tepung protein rendah seperti tepung gandum kerana ia akan menghasilkan biskut yang ranggup disebabkan sedikit membentuk gluten berlaku.
Selain tepung gandum, boleh juga tambahkan tepung jagung untuk mendapatkan tekstur biskut yang rapuh.
2. Ayak bahan Kering
Mengayak bahan kering itu penting untuk dilakukan agar tidak ada gumpalan terbentuk disaat proses mengadun. Semua bahan kering seperti seperti tepung, serbuk penaik, gula halus dan garam diayak terlebih dahulu agar tercampur rata.
3. Jangan putar adunan terlalu lama
Sebaiknya bahan yang kandungan utamanya berasaskan lemak seperti margerin dan shortening jangan diputar terlalu lama bersama dengan mentega. Kalau terlalu lama, biskut yang dihasilkan akan terlalu melebar dan hasilnya biskut kurang cantik.
Gula dan bahan yang berlemak tadi sebaiknya di pukul agar bercampur sahaja kecuali dalam resipi menyatakan mentega atau margarin harus dipukul bersama dengan gula halus sampai tercampur rata dan lembut, contohnya pada pembuatan shortbread.
4. Mencampur Adunan
Ketika menambahkan bahan kering kedalam campuran bahan berlemak dan gula, lakukanlah secara bertahap, sedikit demi sedikit. Kemudian kacau menggunakan senduk kayu atau spatula secara perlahan agar adunan tidak mengeras. Sebaiknya jangan guna mixer ketika mencampur bahan kering ini, untuk menghindari adunannya over-mixed.
5. Olesi Permukaan Loyang
Permukaan loyang sebaiknya disapu margerin agar biskut yang dihasilkan tidak melekat, boleh juga lapisi loyang menggunakan kertas surih/baking atau silikon yang tahan panas. Boleh juga tabur tepung setelah sapu loyang dengan margerin, tapi harus diingat, tepung yang ditaburkan jangan banyak-banyak, cukup tipis aja, agar tekstur biskut yang dihasilkan tidak berubah.
6. Suhu Oven
Suhu oven yang sesuai digunakan adalah sekitar 150-170°C dan ketika proses biskut dibakar pastikan loyang tidak dialih kedudukan kerana biasanya suhu di dalam oven itu tidak rata.
7. Sejukkan biskut sebelum disimpan
Setelah selesai, jangan lupa untuk memindahkan biskut yang sudah dikeluarkan dari oven ke atas cooling wire, agar biskut dingin dengan sempurna. Jika biskut yang masih panas diletakkan bertindih-tindih, wap panasnya dapat mempengaruhi kerangupan biskut.
Perlu juga diingat biskut yang sudah keluar dari oven masih terus mengalami proses kematangan. Biskut dianggap sudah masak sempurna jika sudah benar-benar sejuk.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)