Assalamualaikum,
Pada hari Khamis 12hb Oktober 2017 yang lalu telah berlangsungnya Majlis pelancaran rancangan masakan terbaru Baba's versus 1001 rasa di Emperial Subang bersama pihak media. Majlis pelancaran turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Dato Ahmad Izham Omar serta Ketua Pengiklanan dan Promosi Baba's Malaysia Sdn Bhd iaitu Encik Claudian Navin Stanislaus.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah mentor-mentor yang terdiri dari chef-chef celebriti, dan saya sendiri terlibat sebagai juri kategori blogger bersama juri-juri lain dari berbagai latarbelakang. Ini adalah satu penghargaan yang besar bagi saya@fizalgk selama berblogging dan saya amat berterima kasih kerana diberi peluang.
Rancangan ini menampilkan dua peserta yang berentap antara satu lain setiap minggu bagi menghasilkan masakan yang sempurna dan di pentas akhir nanti 4 resipi terbaik akan berentap menjadi juara. Peserta-peserta yang mengambil bahagian pula adalah dari berbagai peringkat umur dan latar belakang dan telah melalui proses saringan sebelum ini.
Program realiti 13 episod ini akan menampilkan Chef Dr Kamarul dan Chef Adu Amran sebagai host Baba's Versus 1001 rasa. Chef-chef celebriti tanahair pula akan di ketengahkan sebagai mentor kepada peserta yang bertanding. Yang menariknya, mentor-mentor ini hanya boleh merasa dan arahkan sahaja kepada peserta yang bertanding untuk menghasilkan resipi terbaik dan tidak boleh membantu dalam proses memasak.
Jangan lupa untuk menonton rancangan ini nanti yang akan bermula pada 26 Oktober 2017, jam 5.35 petang di TV3!
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)