Assalamualaikum,
Acar ikan ataupun sesetengah orang sebut masakan ini sebagai ikan masak asam adalah lauk yang sangat simple dan mudah nak masak terutama sekali ketika mengejar waktu selepas waktu kerja. Cara memasaknya hampir sama sahaja setiap orang dan bagi saya lebih sedap lagi jika buat pedas sedikit, sebab itulah saya tambah cilipadi selain dari cili merah.
Jom tengok resipi dibawah ini dimana resipi asalnya saya ambil dari blog kak Liza@Chef Hanieliza , cuma saya tambah cilipadi dan serai untuk membangkitkan aroma.
ACAR IKAN @ IKAN MASAK ASAMBahan A
1 ekor ikan siakap - Bersihkan, gaul dengan garam dan kunyit goreng serta goreng seperti biasa.
1 cawan air asam jawa (boleh gunakan 3 sudu besar cuka + 1/2 cawan air)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji tomato - dibelah 4
Garam secukup rasa
Bahan B - dihiris
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
5 tangkai cili padi - diketuk
1 biji cili merah
1 labu bawang besar
1 batang serai - diketuk (saya tambah)
Cara memasak :
1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan yang dihiris tadi beserta serai.
2. Bila dah nampak layu sikit masukkan air asam jawa atau air cuka, tomato dan serbuk kunyit.
3. Apabila mendidih masukkan ikan, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan matikan api dapur.
4. Hidangkan dengan nasi putih beserta lauk-pauk yang lain.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)