Assalamualaikum,
Selamat berhujung minggu untuk semua pembaca yang sudi masuk ke blog ini. Kalau tak kemana-mana hari ini apa kata buat cream puff untuk minum petang dengan keluarga. Tak susah sebenarnya nak buat creampuff ini dan rasanya pun sedap. Anak-anak pasti suka.
Untuk Resipi creampuff saya kali ini tidak disertakan langkah demi langkah cara membuatnya tetapi boleh rujuk ke entry Creampuff jagung yang saya buat sebelum ini. Sila KLIK disini ya.
Ok jom kita tengok resipi cream puff dibawah ni.
CREAM PUFF
Bahan
untuk kulit
300gm
tepung gandum
250gm
mentega
4
cawan air
4 biji
telur
2 sudu
teh esen vanila
Cara
membuatnya :
1. Siapkan
Loyang dengan menyapu majerin dan alaskan kertas kek. Ketepikan seketika.
2. Masak
air bersama mentega sehingga larut kemudian masukkan tepung. Kacau sehingga adunan
tidak melekat di periuk. Angkat dan sejukkan.
3.
Masukkan telur dan putar sehingga sebati adunan tersebut. Masukkan dalam piping
beg yang telah dipasang nozel untuk cream puff dan paipkan pada Loyang. Bakar selama 30 minit dengan suhu 200c atau
bergantung pada oven masing-masing.
4.
Apabila kekuningan bolehlah diangkat dan disejukkan. Seterusnya belah cream puff, Masukkan krim kedalam nozel berasingan dan picit krim kedalam kulit cream puff.
BAHAN UNTUK INTI
400ml
susu segar.
3 sudu
besar tepung kastad
2 sudu
besar tepung gandum
6 sudu
besar gula
2 biji
telur
sedikit
garam
1 sudu
besar mentega.
Cara membuatnya :
1. Masak
kesemuanya dengan api sederhana sambil dikacau sehingga pekat dan kemudian sejukkan seketika.
2. Masukkan
dalam piping beg dan picitkan inti kedalam belahan kulit puff tadi.
3. Ayak nipis gula icing keatas cream puff dan hidangkan.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)