Assalamualaikum,
Salam jumaat yang penuh barokah untuk semua pembaca yang masih sudi singgah di blog ini. Perkongsian resepi untuk tengahari ini, adalah resipi siakap kukus limau ala Thai yang sungguh lazat kombinasi rasa masam jus limau nipis dan kepedasan hirisan cilipadi. Sedap diratah begitu sahaja bagi yang sedang berdiet dan sedap juga di nikmati dengan nasi putih beserta lauk pauk lain.
Jom lihat resipi dan langkah demi langkah mudah yang saya sediakan dibawah ni. Selamat mencuba :)
SIAKAP KUKUS LIMAU NIPIS – ALA THAI
1 ekor ikan siakap sederhana besar - bersihkan
sedikit garam
Bahan sumbat (B)
Daun beserta akar ketumbar
2 biji limau nipis / limau kasturi – di potong
2 batang serai - di ketuk dan di
pintal
Bahan Sos ( C ) - Panaskan
½ cawan jus limau nipis
3 sudu besar sos ikan
2 sudu besar bawang putih - di cincang
1-2 sudu besar cili padi - di
cincang
1 cawan stok ayam - boleh larutkan
1 kiub ayam ke dalam secawan air
Cara Memasak :
1. Lumur ikan dengan garam dan ketepikan.
2. Sumbat serai, limau yang di potong dan separuh akar ketumbar ke dalam
perut ikan.
3. Tabur beberapa hirisan limau ke atas ikan dan kukus selama 7-12minit
hingga masak.
4. Sementara ikan di kukus, cincang bawang putih, bersihkan akar
ketumbar dan cili padi. Campurkan semua bahan dengan jus limau dan sos ikan.
5. Panas stok ayam sebentar dan campurkan dengan jus limau dan cili padi
tadi. Sesuaikan rasa masam, pedas dan sedikit masin.
6. Keluarkan ikan dari pengukus dan tuangkan sos tadi keatasnya. Hiaskan
dengan daun ketumbar dan hidangkan.Sedap makan dengan nasi semasa masih
panas-panas.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)