NASI LEMAK

Assalamualaikum,

Nasi lemak selalunya menjadi pilihan untuk sarapan pagi di Malaysia, selain dari roti canai. Memasaknya tidaklah mengambil masa yang lama. Keenakkan nasi lemak juga bergantung kepada sambalnya. Jika membuat nasi lemak saya suka gunakan resepi INI kerana rasa sambalnya memang sedap. Anak-anak pun suka sebab tak pedas.

Izinkan saya berkongsi sekali lagi resepinya di sini... :). Cuma saya ubah sedikit resepi ini kerana saya menggunakan beras biasa, jadi saya lebihkan satu cawan air yang bercampur santan. Jadi nasi lemak ini sedang elok je masaknya.

NASI LEMAK 
Bahan-bahan
5 cawan beras - saya gunakan beras biasa
6 cawan air (campur santan dan air)
3 helai daun pandan koyakkan dan simpul
3 keping hirisan halia
3 ulas bawang merah - mayangkan
garam secukupnya
sedikit gula jika suka

CARA MEMBUATNYA
1. Masukan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
2. Bila nampak nasi kering, kacau rata dan tutup semula tudung. Biarkan ia sentiasa panas dalam periuk rice cooker.

3. Bila telah masak hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, ikan bilis goreng, dan timun.

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS 
Bahan-bahan
250gm ikan bilis - bersihkan dan buangkan kepala
20 biji cili kering - di rendam dengan air panas 
3 labu bawang besar - dimesin halus
sedikit belacan
1 cawan air asam jawa
2 labu bawang besar mayang kasar
garam
gula
minyak untuk tumis
CARA MEMBUATNYA:

1. Tumiskan bahan yg dimesin halus sehingga wangi.
2. Masukkan air asam , ikan bilis, garam, gula dan bawang besar.
3. Masukkan air sedikit dan biarkan sambal mendidih dan pekat dengan api perlahan.

4. Bila dah naik minyak baru angkat.


0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)