KEK ALUNAN KASIH


Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ni dah 3 Syawal 1434H. Masih dalam suasana Hari Raya Aidilfitri dan pastinya ramai yang bakal mengadakan rumah terbuka sekembalinya dari kampung nanti. Bagi saya seawal hari raya kedua lagi sudah kembali bertugas dan ini perkara biasa jika bertugas sebagai 'frontliners' yang berurusan dengan pelancong. Masih belum terlambat lagi rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog yang sudi view resepi-resepi saya kongsikan di sini dan maaf juga jika yang saya kongsikan ini tidak kena dengan selera...maklumlah saya juga masih lagi belajar bab masak memasak ni. :)

Baiklah, entry pertama selepas raya adalah kek alunan kasih yang saya buat untuk di bekalkan kepada anak saudara yang sudah habis bercuti dan kembali ke Shah Alam hari ni...dan seperti biasa resepinya yang mudah saja, maklum saja masa di dapur amat terhad bagi saya terutama sekali ketika musim sibuk dan ramai pelancong masuk ke Langkawi seperti sekarang ni. Jom kita lihat resepi...cantik juga jika menghias meja bagi yang merancang untuk  mengadakan rumah terbuka selepas ni. 
KEK ALUNAN KASIH 
Bahan-bahan
1 1/2 cawan mentega
2 cawan gula halus
5 biji telur - Gred A
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Beberapa jenis pewarna kesukaan.

Cara membuat:

1. Ayak tepung gandum beserta baking powder. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk yang lain, pukul mentega dan gula halus hingga berkrim, masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.

3. Masukkan pula tepung yang di ayak tadi sedikit demi sedikit dan bahagikan kepada beberapa bahagian serta warnakan dengan warna kegemaran.
4. Lapiskan di dalam loyang kemudian ayakkan serbuk koko kepada tiap lapisan. Lapisan serbuk koko itu nanti akan beralun dan menghasilkan corak yang cantik bila kek sudah masak.

5. Ulang sehingga habis adunan dan bakar pada suhu 180'C lebih kurang 45 minit (bergantung kepada oven masing-masing).

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)