MEE KARI

Assalamualaikum,

Tak terasa, sudah seminggu lebaran di sambut. Kebanyakkan warga yang pulang ke kampung sudah kembali bekerja dan pastinya ada yang bakal menganjurkan rumah terbuka untuk teman sekerja atau jiran-jiran. 

Jika anda sedang mencari menu untuk rumah terbuka, apa kata cuba masak mee kari yang bagi saya sangat sedap. Apa lagi jika di letakkan banyak lauk pauk. Sayangnya mee kari yang saya buatkan untuk keluarga pada hari raya kedua ini tidak di masukkan isi kerang kerana sukar mendapatkan stok berikutan cuti lebaran. Jika tidak pasti lebih enak rasanya. 

Bagi yang ingin mencuba, jomlah kita lihat resepinya... :)
MEE KARI 
Bahan-Bahan 
1 bungkus mee kuning  - di celur dan toskan
BAHAN KUAH
½ kilogram ayam – di potong kecil 
300gm udang 
200gm isi kerang – saya tak letak sebab tak ada stock
20 biji bebola daging (meat ball)
1 paket kek ikan – di hiris nipis
2 biji kentang di rebus hingga lembut dan lenyekkan.
6 sudu besar serbuk kari (daging) – saya guna BABAS
2 liter air
½ kilogram santan pekat (saya beli santan yang siap di bungkus)
1 kiub ayam maggi
3 keping asam gelugur
Garam 
Minyak 

BAHAN KISAR
6 ulas bawang merah
1 labu bawang besar 
4 ulas bawang putih
2 sudu besar udang kering – Rendam & Tos
10 biji cili kering – di rendam hingga lembut
2 batang serai 
½ inci lengkuas
1 inci halia
BAHAN TUMIS
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
1 tangkai daun kari

BAHAN  SAMPINGAN
3 keping  tauhu – di goreng
2 biji cili merah
Telur rebus
Beberapa biji limau kasturi/limau nipis
2 tangkai daun sup dan daun bawang
1 cawan taugeh – di celur sebentar
Bawang goreng

CARA MEMBUAT 
1. Panaskan minyak di dalam periuk besar dan tuang bahan yang yang kisar. Kacau hingga wangi. Masukkan juga serbuk kari yang telah di larutkan dengan sedikit air kacau lagi hingga pecah minyak .
2. Seterusnya masukkan air dan renih sebentar. Masukkan pula isi ayam, kek ikan , bebola daging, udang dan asam keping. Renihkan sebentar dan masukkan santan pekat.

3. Lenyek kentang yang di rebus tadi dan masukkan juga kedalam kuah untuk memekatkannya. 

4. Suaikan rasa dan kepekatan kuah dengan memasukkan garam dan kiub ayam. Boleh juga masukkan sedikit serbuk perasa (jika suka).

5. Cara menghidangkan mee kari :  Masukkan  sedikit mee yang telah di celur kedalam mangkuk. Letakkan taugeh yang telah di celur, telur rebus, tahu goreng.


Tuang kuah kedalam mangkuk tadi dan taburkan daun sup, daun bawang, cili merah dan bawang goreng. 

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)