GULAI TEMPOYAK IKAN DURI

Assalamualaikum,

Tempoyak memang enak di gulaikan dengan ikan sungai terutama sekali ikan patin yang terkenal di negeri Pahang. Kalau di Langkawi ni agak sukar nak cari ikan air tawar. Kedudukan Pulau Langkawi yang di kelilingi lautan juga mempengaruhi selera penduduk di sini yang lebih cenderung kepada ikan laut dan untuk resepi ini saya gunakan ikan duri.

Sebenarnya stok tempoyak ini di bawa dari Perak, pemberian sahabat saya. Dah hampir sebulan tersimpan dalam peti sejuk, semalam baru berkesempatan memasak dan bertambah-tambah nasi di buatnya. Sedap benar gulai tempoyak ikan duri. Benar-benar membuka selera walaupun resepinya ringkas sahaja.
GULAI TEMPOYAK IKAN DURI 
Bahan-bahan
1 ekor ikan duri - saiz sederhana (di siang dan basuh dengan air asam jawa)
1 liter air
25 biji cili padi - di kisar
1cm kunyit hidup - di kisar
garam & gula secukup rasa
1 tangkai bunga kantan
3 tangkai daun kesom
2 biji timun kecil
1 batang serai
5 sudu besar tempoyak
Cara membuat:-

1. Masukkan cili padi dan kunyit hidup yang telah di kisar serta air ke dalam periuk. Didihkan.
2. Kemudian masukkan tempoyak, kacau sebati. Masukkan juga bunga kantan, serai, daun kesom dan timun yang telah di potong.
3. Setelah mendidih barulah masukkan ikan. Renih sehingga masak agar tempoyak sebati dengan isi ikan.Sekiranya kuah terlalu pekat bolehlah di tambah air ikut citarasa sendiri.

4. Akhir sekali masukkan garam dan gula serta matikan api dapur. Bolehlah di hidangkan dengan nasi panas.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)