Assalamualaikum,
Setelah sesi persekolahan kembali bermula selepas cuti hari raya aidilfitri, selalunya guru kelas akan mengadakan jamuan hari raya pula di sekolah iaitu setiap pelajar yang mampu di minta untuk membawa kuih-muih dan berkongsi dengan kawan-kawan. Seronok kan...teringat zaman saya belajar dulu pun begitu juga. Tapi dulu selalunya saya bawa je lebihan kuih raya yang masih ada dalam simpanan atau apa saja yang di bekalkan oleh ibu. Tak pandai 'demand' menu yang macam-macam.
Anak-anak kita sekarang bijak...apalagi yang asyik mengadap facebook dan internet. Pandai pula tu cari resipi di google dan minta di buatkan itu dan ini :). Seberapa boleh saya sediakan juga...dan selalunya yang mudah-mudah sahaja. Lagipun, yang mereka minta tu untuk di kongsikan dengan guru dan teman-teman.
Kali ini pula saya buatkan kek coklat, setelah 'blogwalking' ke SINI. Nampak mengiurkan betul kek yang di hasilkan oleh kak Yah.Saya suka toping yang di hasilkan oleh empunya resepi kerana ringkas dan sedap. Kek ini saya kukus dalam loyang-loyang kecil manakala resepi asalnya di bakar.
Jom kita lihat resepinya. Izinkan saya berkongsi sekali lagi di sini...
KEK COKLAT
Bahan-bahannya
200gm tepung gandum - diayak 2 kali
100gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur - Gred A
200gm gula kastor
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
1. Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
3. Masukkan tepung, putar hingga sebati. Masukkan pula air panas dan kacau hingga adunan tidak berketul.
Bakar selama 1 jam atau sehingga masak. (saya kukus selama 1 jam)
2 sudu besar margerin
6 sudu besar susu pekat manis
6 sudu besar serbuk koko
Air panas secukupnya untuk melikatkan adunan
Tuang toping ke atas kek dan taburkan dengan coklat rice atau almond nib ( sebelum tu saya panggang almond nib seketika di dalam oven)
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)