Assalamualaikum,
Antara biskut yang menjadi kegemaran tiap kali lebaran adalah biskut kelapa. Ada berbagai versi juga biskut kelapa, dan yang paling saya suka dan sedap adalah biskut kelapa delima dari dapur Tiffin Biru kerana memasukkan serbuk badam dalam adunannya dan ini menimbulkan rasa yang lebih lemak. Ketika di bakar pula aroma biskut ini sangat wangi dan menyelerakan sekali.
Jom langsung saja kita melihat resepi biskut kelapa delima. Mungkin ada yang ingin mencuba untuk lebaran kali ini.
BISKUT KELAPA DELIMA
Sumber : CMG - Tiffinbiru.com
Bahan-bahan
225gm tepung jagung
150gm tepung gandum*
1/2 sudu teh baking powder* (*disatukan dan diayak)
125gm gula aising
75gm kelapa kering - kisar halus
25gm serbuk badam
1 biji telur gred A
1/2 sudu teh esen vanilla
155gm mentega
Untuk Hiasan
Ceri merah - di potong kecil
Kelapa kering
1 kuning telur - untuk di sapu pada biskut
Cara membuat:
1. Gaul Serbuk badam dan kelapa yang di kisar tadi bersama tepung yang telah siap di ayak. Ketepikan.
2. Masukkan telur, gula aising dan esen vanilla dalam mixing bowl lalu di putar hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Peringkat ini adunan akan menjadi seakan-akan serbuk roti.
3. Perlahankan speed dan masukkan mentega sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut yang boleh di canai. Keluarkan doh dari mixer, bulat-bulatkan dan tutup dengan tuala lembab.
4. Bahagikan kepada 3 bahagian, dan ambil satu bahagian serta gelek setebal 1/2cm. Terap ikut acuan kegemaran dan alihkan ke dulang pembakar.
5. Sapu kuning telur dan hias dengan ceri merah serta tabur sedikit kelapa kering. Bakar pada suhu 150'c selama 10 - 12minit. Angkat dan alihkan biskut atas jaringan dan simpan dalam bekas kedap udara setelah sejuk.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)