IKAN SWEET SOUR

Assalamualaikum,

Salah satu menu kegemaran saya sekeluarga jika makan 'seafood' di restoran selalunya ikan masak sweet & sour. Harganya boleh tahan juga, bergantung pada jenis ikan yang di pilih. Sebenarnya resepi ikan masak 'sweet & sour' ni mudah dan dan tidak mengambil masa yang lama untuk memasaknya. Lebih menyeronokkan masak sendiri di rumah, dan menjimatkan juga tambahan bagi yang mempunyai ahli keluarga yang besar.

Bagi yang belum tahu memasaknya, terutama bagi yang baru berjinak-jinak dengan dunia masakan...bolehlah lihat resepi di bawah ni. Terpulanglah nak gunakan ikan apa pun mengikut selera sendiri.
IKAN MASAK SWEET & SOUR
Sumber : Chef Hanieliza

Bahan-Bahan: 
1 ekor ikan Jenahak - Boleh juga gunakan ikan lain (dibersihkan dan kelarkan)
garam dan kunyit
Bahan untuk sos: 
5 ulas bawang merah -dimayang
3 ulas bawang putih -dimayang
1 cm halia -dihiris halus
1/2 cawan -sos tomato
3 sudu besar - sos cili
2 biji cili merah - dipotong nipis
1/2 cawan air
1 biji tomato - belah 6
1 pokok daun bawang & daun sup - potong pendek
Garam dan gula secukup rasa
minyak
Cara: 

1. Ikan di lumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing.Terbalikkan dua-dua belah supaya masak rata.

2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.

3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.

4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.

5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan yang digorengkan tadi.

6. Hiaskan dengan daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)