Assalamualaikum,
Wah...menyerlah betul warna talam keladi ni kan. Bagi saya yang sukakan warna unggu, warna kuih ini sungguh memikat. Tentang rasanya pula, tak dapat di pertikaikan lagi...secukup rasa lemak manis dan menepati citarasa.
Resepi ini saya ambil di blog yatie, yang memang mahir sangat dengan segala resepi kuih talam. Suka tengok hasil air tangan yatie. Semuanya menarik dan nampak sedap. Menurut beliau kuih ni di adaptasi dari resepi asal chef Asma.
Bagi yang ingin mencuba, saya sertakan sekali lagi resepinya di sini.
TALAM KELADI
Sumber : Yatie Memories - Sinar Kehidupanku
Bahan-bahan untuk lapisan bawah (A)
220 gm tepung beras
40 gm tepung ubi
1 1/2 sudu teh garam
5 sudu besar gula pasir (Yatie tambah, suka manis sikit kuih ni - saya pun ikut yatie)
300ml santan pekat
700ml air
(B) 250 gm keladi - (lebih sikit pun tak apa) - buang kulit, basuh dgn air garam agar tidak hitam) potong kiub dan kukus selama 5 minit.- (kukus baru timbang)
3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
4. Kukus selama 25 minit
Bahan-Bahan untuk lapisan atas
150-180 gm tepung gandum
250 gm gula halus
3 biji telur
250ml santan
500ml air
Sedikit pewarna ungu
1. Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)