Pisang sering di pelbagaikan dalam masakan dan kuih muih sehari-hari dan salah satunya adalah apam. Membuatnya juga tidaklah mengambil masa yang lama dan sedap apam pisang bila di gandingkan dengan kelapa parut.
Sesuai di hidangkan sebagai sarapan pagi atau untuk minum petang. Resepinya ringkas dan hanya menggunakan bahan-bahan asas sahaja. Saya sertakan resepi di sini dan silakan bagi sesiapa yang ingin mencuba.
APAM PISANG KUKUS
Sumber : Naz@ovenkecil.blogspot.com
Resepi asal : Resipi pilihan diana
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar)
3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak masak)
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula (Saya guna 3/4 cawan)
secubit garam
Cara-cara:
1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
3. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak. Kemudian masukkan pisang lecek dan gaul rata.
4. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega/minyak. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana.
Nota: Kukusan hendaklah dipanaskan terlebiih dahulu dan tutup kukusan perlu dibungkus dengan kain supaya wap tidak jatuh keatas permukaan kuih.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)