PUDING AISKRIM OREO

Assalamualaikum,

Dalam cuaca panas sekarang, tentu segar kalau dapat menikmati sesuatu yang sejuk dan lemak-lemak manis seperti puding aiskrim oreo ni. Membuatnya juga tidaklah sesukar mana dan yang penting rasanya memang sedap.

Anak-anak pasti suka, sebaik pulang dari sekolah sudah tersedia pencuci mulut yang lazat ni. Jom kita cuba buat... :) 
PUDING AISKRIM OREO 
Sumber : Mommy Ryans

Bahan-bahan
 25gm agar-agar bertali (dipotong kecil-kecil)
 1250ml air
 1 tin susu cair
 1 cawan gula
 1 sudu teh esen vanila
 1 biji telur
 1 bungkus biskut oreo (dikisar halus)
 1 cawan aiskrim - apa-apa perisa aiskrim pun boleh (saya guna perisa coklat) 
Cara membuat:

1. Masak agar-agar bertali dengan 1250ml air tadi hingga larut.
2. Kemudian masukkan gula dan kacau hingga sebati.

3. Kisar telur, susu cair , aiskrim & esen vanilla  dan tuang kedalam adunan agar-agar yang di masak tadi.
4. Kacau rata dan akhir sekali masukkan biskut oreo yang telah dikisar. Kacau lagi hingga sebati dan tutup api.
5. Sediakan loyang, tuangkan adunan & sejukkan. Puding ini bertambah sedap jika di masukkan ke dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum di hidangkan.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)