DAGING MASAK MERAH ALA THAI

Assalamualaikum,

Masakan ini memang menjadi kegemaran ramai dan antara menu yang menjadi pilihan tiap kali makan di luar terutama sekali di restoran Thai. Satu sahaja yang saya kurang gemar jika membuat pesanan menu ini di gerai makan adalah kerana sesetengah tukang masak menggunakan pewarna yang berlebihan, membuatkan daging tersebut terlalu merah hinggakan hilang selera untuk makan. 

Selain dari itu sesetengah gerai makan juga menggunakan minyak yang berlebihan dalam masakan ini dan daging yang di hidangkan cuma sedikit sahaja. Selebihnya cuma bawang.

Untuk mengatasi segala kekurangan tersebut, apa kata kita masak sendiri di rumah sahaja. Di sini saya sertakan resepi untuk anda cuba...
DAGING MASAK MERAH ALA THAI 
Sumber : Jeezy - MyR 

Bahan-bahan ( 4 orang )

1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar
1 sudu besar cili kisar
dua sudu besar sos tiram
Satu sudu besar sos ikan thai
1/4 cawan sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
kacang panjang - jika suka
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana-mana pun boleh)

Cara-cara

1. Rebus daging dengan sedikit sahaja pewarna merah hingga empuk dan potong nipis.
2. Di dalam kuali, panaskan minyak dan goreng dahulu daging hingga kuning sedikit. Ketepikan.

3. Tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan cili giling. Kacau sebentar dan bolehlah di masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
4. Masukkan pula daging tadi, bawang besar yang di hiris dan kacau. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Kalau inginkan lebih kuah, masukkan sedikit air dan sos tomato.
6. Bila sudah masak, bolehlah di hidangkan dengan nasi putih.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)