KEK MENTEGA KUKUS - LAPIS STRAWBERRY

Assalamualaikum,

Salam pagi sabtu, minggu kedua dalam bulan Februari 2014. Sekejap sahaja masa berlalu, kan...sedar sedar dah 46hari dah kita lewati di tahun 2014 ini.

Hari ini seperti biasa saya ingin berkongsi resepi sejenis kek yang sangat sedap. Mungkin kerana di masukkan horlicks ke dalam adunannya dan di lapis pula dengan strawberry filing. Resepi asalnya menggunakan nutella...tentu lebih sedap kan. InsyaAllah nanti saya cuba pula dengan nutella.

Terima kasih kepada sasha untuk resepi kek yang enak ini. Izinkan saya berkongsi sekali lagi di sini.
KEK MENTEGA KUKUS LAPIS STRAWBERRY
Tupperware plastik saiz : (51/2 inci x 51/2 inci)
Sumber : sasharahmat

Bahan-Bahan
2 biji telur
100gm mentega - suhu bilik
1sudu kecil esen vanila
1/2 cawan gula castor
1 cawan tepung kek
1 sudu kecil double action baking powder
75ml susu sejat
3 sudu besar horlicks
sedikit garam
3 pewarna pilihan
strawberry filing secukupnya

Cara membuatnya:

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu - pukul lagi. Masukkan esen vanila. masukkan juga tepung, garam & double action baking powder yg telah di ayak terlebih dahulu.

3. Masukkan susu cair, horlicks dan kacau menggunakan spatula.
4. Kacau rata dan bahagikan kepada 3 bahagian , campurkan dengan pewarna, kemudian masukkan kedalam bekas dan hentak sedikit adunan utk kurangkan udara, dan di kukus.
5. Kukus selama 10 ke 12 minit (atau hingga masak). Biarkan semua lapisan sejuk barulah disapukan permukaan lapisan dengan strawberry filing
6. Inilah kek yang sudah siap di lapis.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)