SAMBAL TUMIS TELUR REBUS

Assalamualaikum,


Selamat berhujung minggu untuk semua pembaca yang setia singgah di blog ini. Hari ini saya ingin berkongsi resepi yang sangat mudah dan antara menu kegemaran saya ketika kecil dulu iaitu sambal tumis telur rebus.

Masa budak-budak dulu menu ni sedap sangatlah. Kalau ada lebihan bunga telur dari rumah kenduri selalunya ibu masakkan sambal begini. Cepat sahaja laris, dari di biarkan telur rebus rosak tak di sentuh dan terhias cantik di bunga telur. Saya dulu kalau telur rebus dari rumah kenduri suka makan dengan kicap manis tapi kalau sebiji telur bolehlah, masuk telur kedua dah rasa muak.

Resepi hari ni sangat ringkas dan sila abaikan jika anda memang pandai memasak :D. Menu ni nampaknya sesuai untuk adik-adik yang baru berjinak-jinak dengan masakan dan untuk orang bujang juga, sebab itu saya kongsikan resepi di sini. 
SAMBAL TUMIS TELUR REBUS
Bahan-bahan
5 biji cili besar - merah
2 ulas bawang merah 
1 ulas bawang putih
1 biji tomato
1/2 sudu teh gula
garam secukup rasa
serbuk perasa - Jika suka
Minyak - untuk menggoreng telur
3 biji telur - di rebus dan kupas kulitnya.
 
Cara memasak :

1. Masukkan 2 sudu besar minyak kedalam kuali, goreng bawang merah, bawang putih dan tomato hingga layu (dalam 5 minit). 

2. Keluarkan dari kuali dan blender bahan-bahan tersebut hingga hancur.
3. Di dalam kuali tadi, masukkan sedikit minyak lagi dan goreng telur rebus yang telah di kupas tadi. Goreng sebentar sahaja, angkat dan ketepikan.
4. Tumis cili yang di kisar tadi di dalam kuali menggunakan sisa minyak baki menggoreng telur tadi dan masak hingga agak pekat. Masukkan juga gula, garam dan serbuk perasa(jika suka).
5. Suaikan rasa dan bolehlah di angkat dan hidangkan dengan nasi panas.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)