MEE SANGGUL GORENG - Ringkas dan Sedap

Assalamualaikum, 

Salam pagi isnin dan semoga tidak ada istilah 'monday blues' pada diri kita pagi ini. Tetap semangat memulakan hari dan tugas harian yang di amanahkan.

Baiklah seperti biasa saya ingin berkongsi resepi yang mudah-mudah sahaja dan menu pagi ini adalah mee sanggul goreng. Pernah dengar tak mee sanggul? Jika di utara semenanjung ni memang banyak di jual. Ianya mee kering, berbentuk leper di gulung seakan-akan sanggul gitu dan kena rendam dahulu untuk melembutkannya.

Sedap di goreng untuk sarapan pagi dan hari ini saya rampaikannya dengan lauk sotong. Maklumlah, sekarang ni memang musim sotong di Langkawi.

Jom kita lihat resepinya... 
MEE SANGGUL
Bahan-bahan

Bahan A
1 bungkus mee sanggul - (selalunya ada dalam 5 gulung)
200gm udang, sotong atau ayam - saya gunakan sotong
1 sudu besar kicap pekat 
2 sudu besar kicap cair 
1 sudu besar kicap sotong
1 sudu besar kicap manis - saya guna cap kipas udang
sedikit serbuk perasa - jika suka 
daun kucai /daun bawang secukupnya

Bahan B - Kisar 
2 ulas bawang putih
3 tangkai cili besar (Boleh gantikan dengan cili kering - rendam untuk melembutkannya)
3 tangkai cili padi 
segenggam ikan bilis - yang telah di kopek 
1/2 cawan sos cili 
1/2 cawan air 
Cara Memasak:

1. Bersihkan sotong, potong bulat dan ketepikan seketika.
2. Rendam mee sanggul dan toskan sebaik sahaja ianya lembut (dalam 5 minit)
3. Sementara itu kisar semua bahan B, dan tumis hingga berbau wangi . Masukkan juga sotong dan kacau seketika.
4. Seterusnya masukkan semua jenis kicap, kacau sebentar dan masukkan mee sanggul tadi.  
5. Kacau hingga sebati dan taburkan daun kucai/daun bawang. Kacau lagi dan rasa mee tersebut. Jika kurang masin bolehlah di tambah kicap.  
5. Bila telah masak bolehlah di hidangkan.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)