Anak-anak selalunya suka dengan hidangan ayam tak kiralah apa jenis masakan yang di gayakan. Bagi ibu yang mengejar masa dan sibuk dengan tugas di tempat kerja, kadang-kadang bila sampai ke rumah dah letih untuk memasak tetapi dalam masa yang sama juga jemu pula untuk makan di luar.
Apa kata sesekali cuba masak hidangan seperti nasi ayam hainan ini. Ayamnya tak perlu di panggang atau goreng, cuma rebus sahaja. Selain menjimatkan masa, hidangan ini juga menyihatkan dan sedap. Anak-anak dan keluarga pasti suka.
Resepi ini saya cuba dari blog jintan manis. Terima kasih kepada tuan punya resepi dan izinkan saya berkongsi sekali lagi resepinya di sini.
NASI AYAM HAINAN
Sumber : Ros (Jintan Manis)
Bahan A
1 ekor ayam - saya potong empat
3 biji bawang putih dicincang halus
1/2 buku halia saiz sederhana ( dipotong nipis)
1 kiub pati ayam maggi
sedikit garam
Bahan B ( untuk sambal lada - di kisar halus)
1 biji capcicum merah (boleh guna lada merah)
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
3/4 buku halia saiz sederhana (agak-agak je)
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili maggi atau sos cili thai
1 sudu besar cuka makan
Bahan C
4 cawan beras biasa atau beras jasmine (saya guna beras biasa)
5 cawan air rebusan ayam
5 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar minyak
2 biji bawang putih
2 inci halia (dihiris nipis)
1 sudu besar minyak bijan
(kalau nak letak daun pandan pun boleh - bertambah wangi)
Bahan D ( sup Ayam)
1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam
daun sup
Hidangan sampingan
salad
timun
tomato
Caranya ( untuk ayam)
1. Mula-mula letak ayam dalam periuk dan masukkan air, biar ayam tenggelam, masukkan juga bawang putih dan halia, kemudian masukkan garam dan kiub pati ayam, rebus ayam hingga masak lebih kurang 1/2 jam, angkat ayam dan ketepikan.Air rebusan ayam tu bahagi dua, akan digunakan untuk sup dan nasi ayam nanti.
Bila di hidangkan nanti baru potong dan letakkan sedikit kicap cair, renjis minyak bijan dan hias dengan hirisan daun sup.
2. Buat sambal lada- Kisar semua bahan B dan masak hingga agak pekat.
3. Untuk sup dan nasi pula, panaskan minyak dan tumis bahan kisar di bahan C iaitu bawang putih, dah halia, setelah agak garing separuh bahan tumis tu di curah dalam periuk nasi ayam, separuh lagi akan digunakan untuk sup ayam nanti, masukkan separuh air rebusan ayam tadi, masak nasi seperti biasa dan masukkan juga sedikit minyak bijan.
4. Di dalam periuk lain masak sup ayam hingga mendidih dan masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi, akhir sekali masukkan pula daun sup dan matikan api dapur.
Bila dah siap, hidang bersama daun salad, hirisan timun dan hirisan tomato sebagai pelengkap menu nasi ayam hainan ni.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)