NASI GORENG CINA

Assalamualaikum, 

Salam pagi jumaat. Sehari dua ini hujan turun hampir tiap hari di sini terutama sekali menjelang waktu petang. Sejuk-sejuk begini perut pun asyik berdendang minta di isi. Resepi nasi goreng cina ini saya buat untuk 'dinner' malam tadi...ketika hujan sedang turun dengan lebatnya di luar rumah, dan bahan-bahannya pun sekadar yang ada di dapur rumah saya sahaja.

Walaupun sekadar nasi goreng, nikmat sekali bila di gandingkan dengan secawan kopi panas sambil melihat titis hujan di luar rumah (fuh..puitis tu)... :D

Baiklah saya kongsikan resepi nasi goreng cina versi saya di sini bagi yang ingin mencubanya.


NASI GORENG CINA
Bahan-bahan
semangkuk sedang nasi sejuk - ramas sedikit 
4 ulas bawang putih - di cincang
2 ulas bawang merah - di hiris nipis
1/2 cawan sayur campur (saya potong dadu lobak merah dan kacang panjang)


Udang, fish ball dan isi ayam yang di potong dadu
2 biji telur
1 sudu besar lada hitam di tumbuk kasar
1 kiub serbuk pati ikan bilis 
2 sudu besar kicap sotong
sedikit serbuk lada sulah 
minyak untuk menumis


Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi dan masukkan isi ayam, udang dan fish ball. pecahkan telur dan kacau hingga sebati.


2. Masukkan nasi, kacau hingga mesra. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ikan bilis. Kacau lagi nasi sambil besarkan sedikit api dapur. 

3. Akhir sekali masukkan kicap sotong, masukkan serbuk lada sulah dan suaikan rasa. Jika nasi sudah sebati dan rasanya sudah ok, matikan api dapur dan hidangkan.