JEM MANGGA (HOME MADE)

Assalamualaikum,

Sekarang musim mangga di sini dan di rumah ibu ada dua pohon mangga yang banyak mengeluarkan buah. Buah mangga ini selalunya enak di makan ketika muda dengan kuah rojak dan saya bahagi-bagikan juga dengan jiran dan teman di tempat kerja. Untuk mengelakkan pembaziran, buah mangga yang telah masak ranum saya hasilkan jem pula untuk di gandingkan dengan roti dan anak saya benar-benar teruja dan suka dengan rasanya. Jem buatan sendiri ini memang enak, bebas bahan pengawet dan kita boleh kurangkan jumlah gula mengikut selera sendiri. 

Saya kongsikan resepinya di sini bagi yang ingin cuba membuatnya :)

JEM MANGGA (HOME MADE)
Bahan-bahannya
600gm isi mangga + 250ml air di kisar halus 


400gm isi mangga di potong dadu kecil
500gm gula pasir
1 sudu makan jus limau nipis
Cara membuat:

1. Masak mangga yang sudah di kisar di dalam periuk hingga airnya kering sedikit.


2. Masukkan gula pasir, potongan mangga yang di dadu dan jus limau nipis. Masak lagi sambil di kacau hingga pekat.


3. Setelah cukup pekat, matikan api dapur. Masukkan jem kedalam botol sejukkan dengan menyimpan di dalam peti sejuk.


Inilah mangga yang saya gunakan, hasil dari tanaman ibu di belakang rumahnya... :)


0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)