Assalamualaikum...selamat berhari minggu :)
Ceria je pagi ni kan..maklumlah bercuti dan tidak kelam kabut untuk ke tempat kerja serta mengharungi trafic jam seperti hari-hari biasa tu. Boleh sakit jantung dan darah tinggi di buatnya bila bergegas ke pejabat sedangkan aliran trafik sesak atau bertembung dengan pemandu yang memandu seperti jalanraya milik dia seorang :). Maklumlah rumah saya ini berdekatan dengan pasar basah...pagi-pagi memang sesak bila nak ke pejabat. Jika terlewat sedikit memang makan hatilah jawabnya..apa lagi jika mengejar jam punch card. Memang sesak nafas di buatnya :D.
Baiklah...pagi ini kita santai-santai aja sambil breakfast apam beras. Ada lagi baki nasi sejuk lebihan makan malam dan dari di biarkan rosak, eloklah di kitar menjadi sarapan pagi. Nak buat nasi goreng pun jemu juga kan..jomlah kita lihat rupa apam nasi yang saya buat ni. Sedap di makan dengan kelapa parut.
APAM BERAS
Sumber : cha@myresepi.com
Bahan-bahan ( Untuk 5 orang )
2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar
3/4 cawan gula
2 1/2 cawan air
1 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
1. Kisar nasi dan air menggunakan blender sehingga hancur.
2. Setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan kisar lagi sehingga sebati.
3. Di dalam bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam dan warnakan dengan warna pilihan.
6. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit.
7. Bila sudah masak, hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam
Apam beras memang sedapkan Fiza... lembut & gebu je...!
BalasPadamIya kak Amie...apam beras memang x jemu di makan, kena pula dengan kelapa parut.
BalasPadam