Assalamualaikum,
Terlambat update blog hari ini, maklum saja kesihatan tidak mengizinkan dan selera makan juga kurang kerana selsema. Malam ni cuma selera makan bubur nasi atau ada orang panggil bubur lambuk. Di sebelah utara ni pula di panggil kanji. Walau apa pun panggilan nama makanan yang menjadi pilihan ketika sakit atau kurang selera makan ini, pembuatannya tetap sama iaitu rebus beras hingga hancur dan di campur dengan lauk-lauk pilihan.
Saya jadi terinspirasi untuk meletakkan telur masin dengan pecahkan nya ke dalam bubur yang sedang mendidih selepas melihat blog dapurkakjee.com. Terliur pula membaca cerita keenakan bubur lambuk telur masin dan melihat bubur yang di hasilkan oleh kak jee.
Resepi saya ini mungkin lain sedikit dari blog kak jee kerana saya letakkan apa yang ada di dapur rumah saya sahaja.
BUBUR LAMBUK TELUR MASIN
Bahan A
2 cawan beras
13 cawan air
1 inci halia
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 kuntum bunga lawang
5cm kulit kayu manis
1 labu bawang besar
2 bunga cengkih
1 sudu teh lada hitam
lobak merah
daging (ikut suka nak letak banyak mana)
Bahan B
1 kiub ikan bilis
4 biji telur masin
Cara membuat :
1. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk, rebus sehingga beras hancur.
2. Setelah bubur lambuk masak, kecilkan api dan pecahkan telur masin sebiji demi sebiji kedalam periuk dan kacau perlahan-lahan. Renihkan sehingga telur masak. (tips ini saya dapat dari blog kak jee.)
3. Rasa bubur lambuk tersebut. Jika sudah terasa masinnya kurangkan jumlah kiub ikan bilis tersebut atau jangan masukkan.
4. Hidangkan dengan menabur bawang goreng, daun bawang dan jika suka serbuk cili thai untuk rasa yang lebih pedas.
Assalamualaikum...macam menarik juga bubur ni sebab ada telur masin yang dipecahkan ke dalamnya..Ada masa boleh gak mencubanya
BalasPadamWaalaikumsalam Sue..maaflah akak ada problem dgn ruangan comment ni, tak boleh nak reply. Iya..memang sedap sesekali layan bubur nasi macam ni kan :)
BalasPadam