Assalamualaikum,
Dah lama saya tak buat muffin sampaikan anak-anak bertanya, 'bila mama nak buat muffin lagi'?. Katanya tak puas makan muffin yang di jual di kantin sekolah, rasanya lain. Hmmm...mungkin juga itu ayat mengambil hati atau memang benar anak-anak teringin nak makan muffin sebagai sarapan pagi.
Tak susah sebenarnya buat muffin ni..dan tak mengambil masa yang panjang pun untuk menyediakannya. Tapi dek kerana terkejar waktu untuk ke tempat kerja buatkan saya berfikir dua kali sebelum mulakan projek membakar muffin di pagi hari. Kebetulan malam tadi ada masa lapang, saya buatkan juga muffin seperti yang di minta. Kali ini saya godek resepi dari dapur Chef Hanieliza, alhamdulillah...resepinya memang sesuai dengan selera anak-anak.
Pagi ini sebelum anak-anak ke sekolah, saya panaskan sebentar muffin ini di dalam oven..sedapnya mulakan pagi dengan muffin kopi. Jom kita lihat resepi... :)
MUFFIN KOPI COKLAT CHIPS
Bahan A
350gm tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
200gm gula perang
Bahan B
150ml minyak jagung
250ml susu kopi (dutch lady)
1 sudu kecil serbuk nescafe
1 biji telur (di pukul sedikit)
1 sudu kecil esen vanilla
coklat chips secukupnya
kertas muffin
Cara membuatnya :
1. Panaskan oven pada suhu 180'c selama 15 minit, ayakkan tepung gandum dan baking powder dan gaulkan semua bahan A dalam mangkuk besar.
2. Masukkan semua bahan B kedalam mangkuk bahan A dan kacau rata gunakan senduk kayu.
3. Alaskan kertas muffin dalam muffin tray atau muffin mould. Masukkan adunan kedalam kertas muffin dan taburkan coklat chips secukupnya.
4. Bakar kira-kira 20minit atau sehingga masak (bergantung kepada oven masing-masing).
5. Sejukkan dan bolehlah di hidangkan.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)