BABY KAILAN IKAN MASIN

Assalamualaikum, 

Tidak lengkap hidangan nasi putih tanpa di gandingkan dengan sayur-sayuran. Selain dari berkhasiat, sayur baby kailan ini juga ranggup dan enak sekali, apalagi jika di rampai dengan ikan talang masin. Sungguh membuka selera. Tak hairanlah jika hidangan sayur ini yang habis dulu jika di hidangkan dan kanak-kanak yang tidak suka makan sayur juga menggemarinya. Selalunya saya masak sebentar sahaja untuk mengekalkan kerangupan sayur ini.

Sayur ini ringkas sahaja resepinya dan saya ingin berkongsi di sini...


SAYUR BABY KAILAN IKAN MASIN 
Sayur baby kailan -dipotong (boleh juga gunakan sayur kailan berdaun hijau)
Sedikit lobak merah - di potong mancis
1 keping ikan tenggiri masin -potong dadu
1 labu bawang - di hiris bulat
2 ulas bawang putih-di ketuk
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap ikan atau kicap sotong
minyak untuk menggoreng
serbuk lada sulah
sedikit perahan limau kasturi

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan tumis ikan masin hingga naik bau.

2. Masukkan bawang putih, bawang besar, kicap sotong dan sos tiram. Masukkan sayur serta lobak merah dan sedikit air. Kacau seketika dan jangan telalu lama proses memasak untuk mengekalkan kerangupan sayur tersebut.



3. Hidangkan di dalam pinggan dan taburkan sedikit lada sulah serta perahkan limau kasturi untuk rasa yang lebih enak.