KEK MARBLE HORLICKS

Assalamualaikum, 

Di kalangan penggemar kek pasti mengenali Rohaimi Ahmad yang tak lokek berkongsi resepi-resepi keknya yang mudah dan sedap di facebook. Salah satunya adalah kek marble horlick yang telah saya buat untuk minum petang baru-baru ini. 

Yang paling saya suka tentang kek ini adalah rasanya yang kurang manis di adun pula dengan rasa horlick yang lemak dan sedap sekali. Sebagai penyeri saya taburkan badam cincang dan coklat chips sebelum membakar kek tersebut.

Saya kongsikan sekali lagi resepinya di sini... :)

KEK MARBLE HORLICK 
Bahan-bahannya
250gm tepung gandum 
1 sudu kfc baking powder
250gm mentega
180gm gula halus
4 biji telur } gred A
100gm horlick
50gm susu cair 
2 sudu besar serbuk koko
CARA MEMBUATNYA

1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan putar lagi.

2. Masukkan tepung dan baking powder putar dan masukkan susu cair. Putar lagi. 


3. Masukkan horlick, putar dan bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian adunan asal dan  satu bahagian adunan lagi di campur dengan serbuk koko.

4. Tuang adunan berselang seli sehingga habis ke dalam loyang dan lorekkan dengan lidi untuk mendapatkan corak marble. Saya taburkan juga coklat chips dan badam cincang.

5. Bakar pada suhu 150-180'c selama 45minit - 1 jam (bergantung kepada oven masing-masing), sehingga masak.