Laksa Sarawak adalah salah satu daripada variasi aneka jenis laksa yang ada di Malaysia dan kuahnya dinikmati bersama bihun yang dicelur. Bukan dengan laksa beras atau laksa kering yang perlu direbus terlebih dahulu seperti di Utara Semenanjung Malaysia ni.
Dah lebih dua minggu rasanya pes segera laksa Sarawak pemberian adik angkat saya, Rossella El Alisur tak terusik dan baru semalam saya cuba membuatnya, kebetulan pula bahan-bahan sampingan memang ada dalam petisejuk.
Dah lebih dua minggu rasanya pes segera laksa Sarawak pemberian adik angkat saya, Rossella El Alisur tak terusik dan baru semalam saya cuba membuatnya, kebetulan pula bahan-bahan sampingan memang ada dalam petisejuk.
Sebelum saya memasak Laksa Sarawak menggunakan pes segera ini, Rossella ada beritahu yang aroma pes Laksa sarawak yang dimasaknya sebelum ini sangat kuat dengan rempah ratus sedangkan dia memasak ikut aturan yang tertulis di pek. Hmmm..saya masak menggunakan pes yang sama tetapi ikut cara di blog Dayang Jack dan rasanya Alhamdulillah, sedap :). Mungkin kerana penggunaan pes, jumlah air dan santan yang lebih seimbang.
Baiklah, jom kita lihat resipinya...
LAKSA SARAWAK
Bahan-bahan
200gm pes segera laksa Sarawak
Isi ayam secukupnya - direbus dan dicarik halus
1/2 kilo udang basah
1 bungkus bihun - direndam dan dicelur
4 biji telur - didadarkan dan hiris halus
2 batang serai - diketuk
250ml santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
Taugeh - dicelur
sedikit daun ketumbar - diracik
limau kasturi secukupnya - dibelah dua
Cara memasak :
1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan daging ayam dan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga masak dan toskan.
2. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. (Boleh tambah air jika perlu).
2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
3. Masukkan bihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Telur tersebut didadar, gulung serta hiris halus.
4. Seterusnya tuangkan kuah laksa kedalam mangkuk bihun dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.
Resepi Sambal Udang Kering
4. Seterusnya tuangkan kuah laksa kedalam mangkuk bihun dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.
Resepi Sambal Udang Kering
Bahan-bahan
6 biji bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
sedikit belacan bakar - dikisar
segenggam udang kering - dikisar/ditumbuk halus
4-5 sudu makan cili kisar
sedikit air asam jawa
garam dan gula
Cara memasak:
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)