Assalamualaikum,
Bagi penggemar kuih bingka, pelbagai resepi bingka boleh di pelbagaikan mengikut selera. Bingka cheese Sarawak ini adalah sejenis bingka yang di modenkan dengan mencampur krim keju di dalam adunan dan yang menarik adalah kita tidak berasa muak ketika menikmatinya. Cara penyediaan juga agak berbeza dari bingka-bingka tradisi yang lain dan suatu yang pasti, ianya sungguh lazat.
Resepinya saya ambil dari blog Ha Sue. Pernah buat sekali dulu ketika bingka ini menjadi fenomena dan agak popular tapi waktu tu saya masih belum ada blog untuk di kongsikan. Semalam saya buat lagi dan hari ni bolehlah berkongsi resepinya di sini dengan pembaca semua. Untuk Ha Sue, izinkan saya masukkan resepi di sini, sekali lagi :).
BINGKA CHEESE SARAWAK
Bahan A
13gm agar-agar serbuk - saya guna cap bintang
3 cawan air
1 cawan gula pasir
Bahan B
250g mentega
250gm cream cheese Philadelphia (saya guna jenama Tatura)
½ tin susu pekat manis(jika ingin kurang manis,guna krimmer pekat pun boleh)
½ tin susu pekat manis(jika ingin kurang manis,guna krimmer pekat pun boleh)
1 ½ cawan tepung hong kong
3 biji telur - Gred A
1 sudu kecil esen vanilla/jus lemon
1. Bahan A dimasak sehingga mendidih dan ketepikan buat seketika.
2. Pukul telur ayam sehingga kembang.
4. Masukkan tepung hong kong,cream cheese,esen vanila dan pukul sehingga benar-benar sebati.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)