Bengkang ubi kayu merupakan kuih tradisi yang menjadi kegemaran ramai dan tak lapuk dek zaman. Rasanya yang lemak-lemak manis sungguh memikat selera, apalagi ketika di bakar di biarkan agak berkerak sedikit.
Dalam blog ini saya sudah pernah masukkan resepi bengkang/bingka ubi kayu sebelum ini tetapi resepi kali ini berlainan sedikit iaitu tanpa telur. Saya tertarik melihat kuih ini di blog Damai Qalbu dan kebetulan ada stok ubi kayu yang saya beli dari pasar malam minggu lepas masih terperuk di ceruk dapur. Daripada di biarkan rosak maka jadi juga kuih bengkang ubi kayu untuk sarapan pagi semalam.
Jom kita lihat resepinya...:)
BENGKANG UBI KAYU
Resepi asal : mama saranur
Sumber : Kak Rohah - Damai Qalbu
BAHAN-BAHAN
5 cawan ubi yang siap diparut
2 1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan gula (Ikut manis pun boleh)
Garam secukup rasa
pewarna kuning
Cara Membuatnya :
1.Ubi yang diparut ditapis dulu dengan penapis kelapa, biar airnya berwarna kuning turun dalam 10 minit gitu (petua supaya tak pening dan angin).
2. Kemudian sejatkan dan buang air tersebut, tapi sagunya berwarna putih diambil digaul bersama ubi tadi.Campurkan bersama gula, garam, pewarna dan santan pekat.
3.Loyang disapu dengan mentega dan panaskan sebentar, baru masukkan adunan ubi yang telah sebati dan bakar dalam 1 jam setengah, suhu 200'c api atas dan bawah.
4 . Biarkan kuih betul-betul sejuk baru di potong dan hidangkan.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)