Assalamualaikum,
Masakan yang ringkas sesuai untuk malam minggu ini adalah ayam masak lada hitam. Mudah sahaja resepinya, hanya goreng dan campurkan semua..dah siap.
Jom kita lihat resepi...maaflah tidak dapat mengomel panjang kerana ada kerja kursus yang saya hadiri sebelum ini belum di siapkan mengikut jadual. Cadangnya malam ini nak tengok-tengok apa yang patut.Kepada yang ingin mencuba di persilakan salin resepinya, InsyaAllah sedap :)
AYAM MASAK LADA HITAM
300gm isi ayam - di potong kecil
1 labu bawang besar hiris
4 tangkai cili kering - di potong kasar
1 labu bawang besar hiris
4 tangkai cili kering - di potong kasar
2 sudu besar kicap (saya gunakan cap kipas udang)
2 ulas bawang putih di cincang
1 sudu besar lada hitam - di tumbuk
1/2 inci halia - di mayang halus
2 ulas bawang putih di cincang
1 sudu besar lada hitam - di tumbuk
1/2 inci halia - di mayang halus
sedikit gula dan garam untuk mengimbangkan rasa
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar minyak masak
1. Perap ayam seketika (dalam 5 minit) dengan garam dan serbuk kunyit.
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar minyak masak
1. Perap ayam seketika (dalam 5 minit) dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Dalam sebuah bekas, campurkan sos tiram, kicap, lada hitam,gula dan garam.
3. Panaskan kuali dan goreng ayam hingga bertukar warna, masukkan cili kering, halia dan bawang putih. Terus masak beberapa minit lagi. Masukkan pula sos yang dibancuh tadi.
4. Masukkan air jika perlu. terus masak lagi 1 minit lagi dan matikan api dapur. Hidang dengan nasi panas.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)