Assalamualaikum,
Hari ini saya ingin berkongsi minuman jus tembikai laici. Dalam cuaca panas begini memang sesuai mengambil minuman jus buah-buahan dan sebaiknya di sediakan sendiri kerana kita boleh mengawal kandungan gula. Kandungan vitamin C dan beta-karotena dalam tembikai mampu mencegah penyakit jantung. Tembikai juga mempunyai sumber lycopene yang membantu dalam mengurangkan risiko kanser prostat, payudara, endometrium, paru-paru dan kanser kolon.
Saya bukannya pakar pemakanan tetapi suka berkongsi kebaikan dari makanan yang di ambil terutamanya untuk manafaat kesihatan bersama :).
Baiklah, jus tembikai laici ini sangat mudah di sediakan dan benar-benar puas di nikmati dan menghilangkan dahaga. Saya ambil resepi ini dari buku masakan karangkraf, tetapi saya tidak memasukkan gula kerana bagi selera saya sirap laici dan rasa manis asli dari tembikai sudah cukup membuatkan minuman ini manis dan sedap.
Jom kita lihat resepinya :)
JUS TEMBIKAI LAICI
Bahan A
1/2 biji buah tembikai - ambil isinya
4 sudu makan gula
50ml air sejuk
isi laici
Bahan B
sirap laici dalam tin
1/2 sudu teh sirap ros
Cara membuat:
1. Kisar tembikai, gula, buah laici dan air hingga halus.
2. Masukkan ke dalam jag dan masukkan bahan B. Kacau sebati dan sejukkan dalam peti ais.
3. Sedia untuk di nikmati.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)