Assalamualaikum.
Salam maulidur rasul, untuk semua. Pasti ramai yang bercuti hari ni dan bersantai dengan keluarga tercinta di rumah. Bagi saya terpaksa bekerja, maklum saja beginilah jika bekerja di bidang perkhidmatan, waktu yang paling sibuk adalah ketika cuti umum dan cuti sekolah. Masak apa agaknya untuk keluarga hari ni?
Saya ingin berkongsi resepi ayam masak hijau yang saya masak dan tinggalkan untuk anak-anak yang bercuti hari ni. Resepinya mudah di sediakan dan bagi saya rasanya juga sedap.
AYAM MASAK HIJAU
Bahan-bahan
1 ekor ayam - di potong lapan dan goreng
250ml santan
150gm kacang pis
2 keping asam gelugur
1 biji cili hijau - di belah dua
garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis
Bahan-bahan kisar
15biji cili hijau
10gm daun pudina
5 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Cara membuat:
1. Tumis bahan-bahan kisar sehingga berbau wangi. Masukkan asam gelugur dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kacau hingga garing.
2. Masukkan ayam dan santan. Kacau sebati.
3. Biarkan mendidih dan tabur kacang peas, daun bawang, daun sup dan cili hijau ke dalamnya.
4. Setelah kuah pekat, angkat dan sedia untuk di hidangkan.
# Boleh juga tidak memasukkan daun pudina, tetapi penggunaan nya membantu menyegarkan dan melazatkan lagi masakan ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)