KARI TELUR IKAN DURI@MAYONG

Assalamualaikum, 


Telur ikan duri atau sesetengah tempat menyebutnya ikan mayong sangat sedap kalau di masak kari atau masak lemak. Tapi susah sedikit nak cari telur ikan ni kecuali sesekali terserempak ada yang menjualnya dipasar. Yang ini saya beli dari pembekal makanan laut, dapatlah lepas kempunan dan masak kari semalam.

Resipi kari ni macam biasalah kita masak kari ikan tu. Tapi sebelum masak saya perahkan jus limau nipis terlebih dahulu kedalam bekas berisi telur ikan duri ini untuk menghilangkan bau hanyir. Lepas perah tak perlulah gaul-gaul segala...takut nanti pecah pula telur ikan ni. Cukup sekadar alih-alih dan bilas dengan air biasa. Nak telur ikan duri masak sekata, bolehlah guntingkan kantungnya sebelum memasak, jadi kuah akan meresap disemua bahagian.


Baiklah kalau rezeki dapat telur ikan duri ni, bolehlah masak kari macam resipi dibawah ni ye:)  

KARI TELUR IKAN DURI
Bahan-bahannya:
500gm telur ikan duri
1 peket kecil serbuk kari ikan - campur sedikit air untuk dijadikan pes
1/2 sudu makan asam jawa + 1 mangkuk air
2 pelepah daun kari
1 tangkai cili hijau - dibelah
1 sudu teh halba campur
1/2 sudu teh biji sawi
1 biji tomato - dibelah 4
1 cawan santan
garam secukup rasa / serbuk perasa - jika suka

Bahan dihiris nipis
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak tumis biji sawi, bawang putih, bawang merah, daun kari dan halba campur hingga berbau harum.
2. Masukkan pes kari ikan dan kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa, tomato dan cili hijau. Biarkan mendidih.
4. Masukkan pula telur ikan, garam dan sedikit perasa(jika suka). Biarkan mendidih. Tips : untuk mengelak dari telur ikan hancur ketika proses masak, kukus telur terlebih dahulu sebelum masukkan kedalam kuah kari.
5.  Setelah telur ikan masak dan kuah secukup rasa, matikan api dapur dan bolehlah dihidangkan. 

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)