BROWNIES MOCHA

Assalamualaikum, 


Salam jumaat, penghulu segala hari. Dah masuk bulan April ye hari ini. Sekejap je rasanya masa berlalu. Bagaimana cuaca ditempat lain agaknya sekarang ni? Cuaca di Langkawi pada siang maupun malam, bahang panas begitu terasa sekali dalam tempoh 5 bulan ini.

Dalam cuaca panas begini boleh menyebabkan dehidrasi, yakni kehilangan air yang banyak, jadi kenalah banyakkan minum air kosong secukupnya. Di samping itu kena juga pantau anak-anak agar kurangkan aktiviti luar ketika panas terik.

Hmm berbalik pula kepada perkongsian menu petang ini...saya ada buatkan brownies mocha. Sedap tau dinikmati dengan aiskrim vanilla. Saya bakar guna acuan muffin tetapi kalau nak cepat dan mudah, boleh juga bakar didalam loyang bersaiz 9in x 9inci. 

Jom tengok resipi brownies mocha, dalam cuaca panas macam sekarang ini lebih sedap nikmati dengan aiskrim :)  

BROWNIES MOCHA
4 biji telur
360gm gula kastor
225ml minyak jagung 
60gm serbuk coklat 
210gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pes mocha
120gm kekacang - saya guna biji gajus yang telah dipanggang
85gm coklat chips

Cara membuatnya : 

1. Pukul telur dan gula pasir sampai gula larut serta mengembang. Masukkan pes mocha dan garam. Pukul sebentar dan matikan mixer.
2. Masukkan tepung dan serbuk coklat sambil diayak dan kacau perlahan hingga bercampur rata.
3. Masukkan minyak, kacau lagi lalu masukkan kekacang dan chocolate chips. 
4. Sediakan loyang, lapik dengan kertas dan sapu dengan minyak. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Tabur baki kekacang dan bakar selama 35 menit dalam oven yang sudah dipanaskan terlebih dahulu. (Saya hanya gunakan acuan muffin)
5. Setelah brownies sejuk bolehlah dipotong dan sajikan.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)