Assalamualaikum,
Perkongsian untuk petang ini adalah kek susu kukus. Teksturnya lembut dan gebu walaupun tidak menggunakan mentega atau minyak, dengan syarat harus ikut betul-betul step no. 1 iaitu pukul gula, ovellete dan telur hingga betul-betul kental dan putih dengan mixer speed tinggi, barulah masukkan bahan-bahan lain.
Rasa kek ini tidak muak dan anak-anak pasti menggemari perpaduan rasa susu cair dan susu tepung didalam adunan kek ini.
Oh ya, bagi pembaca yang was-was dengan status halal ovellete...selalunya jika ke pasaraya saya hanya beli yang ada pengesahan halal daripada JAKIM iaitu jika ditempat saya ni jenama yang ada adalah Nona atau Kijang.
Bagi yang ingin mencuba, jom kita lihat resipi dibawah ini :)
KEK SUSU KUKUS
Bahan-bahan
200 gm gula kastor
3 biji telur - Gred A
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh ovellete
225 gm Tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
25 gm susu tepung
200 ml susu cair/segar
Coklat rice secukupnya
Cara membuatnya :
1. Pukul gula, telur, esen vanilla dan ovellete hingga kembang dan putih dengan menggunakan mixer (set pada speed tinggi selama lebih kurang 10 hingga 15minit)
2. Turunkan mixer kepada speed rendah.Masukkan tepung gandum yang telah diayak dengan baking powder dan susu tepung berselang seli dengan susu cair/segar. Pukul lagi hingga adunan bercampur.
3. Masukkan coklat rice, kacau dengan spatula dan tuang kedalam loyang yang sudah disapu minyak. Tabur baki coklat rice keatas kek.
4. Sediakan kukusan dan setelah air mendidih, kukus kek selama 45minit atau sehingga masak. Sebelum itu lapik loyang dengan aluminium foil supaya wap tidak menitik dalam kek.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)