Nasi goreng memang hidangan penyelamat disaat tiada idea atau masa yang suntuk untuk memasak berbagai jenis lauk pauk. Hidangan nasi goreng biasa pun boleh jadi sedap dan rasa seperti makan di hotel berbintang-bintang jika kita kreatif sedikit mengolahnya.
Hari ini saya ingin kongsikan resipi Nasi Goreng Udang Tempura yang sangat simple, iaitu digoreng ala nasi goreng cina dan hidangkan dengan udang tempura. Boleh salut tepung ikut ketebalan yang kita suka dan jika saya lebih suka tepung yang tidak terlalu tebal untuk digandingkan dengan nasi goreng ini dan saya hanya buang urat hitam dibelakang udang sahaja dan biarkan kepala dan ekornya tidak disiang. Sedap makan ranggup-ranggup. Hmm...dalam dok menulis ni pun ah terliur ni, hehehe. Jom kita lihat resipinya :)
NASI GORENG UDANG TEMPURA
2 Cawan nasi sejuk - peroikan
2 biji telur
4 ekor udang
1/4 labu bawang holland - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
1/2 batang lobak merah saiz kecil - dipotong dadu
2 tangkai daun bawang - dihiris
2 sudu besar kicap cair
2 sudu teh gula
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
3 sudu besar minyak masak
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang holland dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan telur, kacau dalam 1 minit dan masukkan nasi sejuk. Kacau hingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan lobak merah dan daun bawang.
5. Kacau hingga masak dan hidangkan bersama udang tempura, daun bawang, cili potong dan limau nipis.
Udang Tempura
Bahan-bahan:
100gm udang hidup (saiz besar) – dibuang urat hitam
1/2 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung jagung
garam dan lada sulah secukup rasa
Air sejuk dari petiais secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara membuat:
1. Masukkan tepung naik sendiri, tepung jagung, garam dan lada putih ke dalam mangkuk adunan
2. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan kacau untuk mendapatkan adunan yang pekat.
3. Panaskan minyak, celup udang ke dalam adunan bater dan goreng sehingga keperangan.
100gm udang hidup (saiz besar) – dibuang urat hitam
1/2 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung jagung
garam dan lada sulah secukup rasa
Air sejuk dari petiais secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara membuat:
1. Masukkan tepung naik sendiri, tepung jagung, garam dan lada putih ke dalam mangkuk adunan
2. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan kacau untuk mendapatkan adunan yang pekat.
3. Panaskan minyak, celup udang ke dalam adunan bater dan goreng sehingga keperangan.
Boleh juga gunakan tepung tempura segera yang banyak dipasaran.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)