JUS KEDONDONG (AMRA) ASAM BOI

Assalamualaikum,

Jom cuba minuman untuk menghilangkan dahaga tengahari ni iaitu jus buah kedondong, atau sebelah utara ni orang memanggilnya buah amra. Buah ini saya beli di pasar basah petang semalam dan tujuannya untuk di makan begitu sahaja dengan kuah rojak. Hari ini saya bertukar fikiran dan menjadikannya jus yang enak sekali. Teringat ketika zaman persekolahan dulu, suka benar saya dengan jus ni. Ketika itu buah kedondong mudah di dapati kerana terdapat dua pohon besar di hadapan rumah ibu dan selalunya berbuah lebat. Jika sekarang, ada ketikanya sahaja saya menjumpai buah ini di pasar basah atau pasar malam.

Selain enak di jadikan jus dengan asam boi, buah kedondong juga di masak pajeri atau di jadikan kerabu. Tapi, hari ini saya ingin berkongsi resepinya dalam bentuk jus. Saya guna resepi yang sama juga dengan resepi jus limau kasturi asam boi yang ada dalam blog ini. Jom kita lihat :)

JUS KEDONDONG ASAM BOI 

Bahan-bahannya
10 biji buah kedondong - (di belah empat, jika buah yang agak tua potong dan keluarkan empulurnya)
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir 
5 biji asam boi - warna putih 
3 biji asam boi - warna merah (untuk hiasan)

Cara membuatnya:

1. Masukkan buah kedondong, air, gula dan asam boi putih kedalam blender dan kisar hingga halus. Saya kisar sekali dengan kulit buah kedondong, tanpa mengupasnya. 


2. Tapis dan tuangkan ke dalam gelas. Masukkan ais kiub dan taburkan asam boi merah untuk mendapatkan warna yang cantik dan rasa yang lebih sedap. Sedia untuk di hidangkan...walaupun ringkas, minuman ini memang sedap dan menghilangkan dahaga. :)








4 ulasan:

  1. assalam fiza
    akak suker asam boi tu, tp jus kedondong tak berapa
    boleh gak ni try he hee buah kedondong jiran akak ada pokoknya

    BalasPadam
  2. mmmm... sedapnya! Pertama kali kak Amie buat kus kedondong asam boi ni pada tahun lepas... untuk buka puasa bulan Ramadhan... ketinggalan keretpi rupanya kakak ye he he ehh.

    BalasPadam
  3. Mama Sara Nur...try ler, memang menghilangkan dahaga. saya ni mmg suka buat masam2 gini :)

    BalasPadam
  4. Sesuai kan di nikmati setelah seharian berpuasa...buah dari pokok kak Amie sendiri ke? Suka benar saya lihat buah-buahan yg kak Amie tanam di blog k.Amie...tangan mmg menjadi.

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen :)