BUTTER CRAB WITH SALTED EGG

Assalamualaikum,

Sedang merancang untuk masak? Untuk makan tengahari ni, apa kata cuba resepi butter crab with salted egg yang bagi saya sungguh lazat sekali. Sebelum ini saya ada masak udang dengan telur masin dan resepinya ada dalam blog ini, tapi hari ini tukar kepada ketam dan tambah sedikit bahan lain iaitu santan untuk rasa yang lebih lazat dan ini menjadikan ketam tersebut lebih bersalut dengan telur masin tersebut.

Aih..kecur air liur bila bercerita kelazatan ketam dan telur masin ni ye. Jomlah langsung kita lihat resepinya :D.

BUTTER CRAB WITH SALTED EGG

Bahan A
2 ekor Ketam
1 sudu tepung jagung
1/2 sudu teh lada sulah
garam secukup rasa
Bahan B
Mentega untuk menumis
2 biji telur masin - ambil kuningnya dan lecek dengan garfu
2 ulas bawang putih - cincang 
2 pelepah daun kari - leraikan dari pelepah
1/2 cawan santan
1 biji cili merah - di potong 
1/2 kiub ikan bilis 
Cara membuatnya:-

1. Bersihkan ketam, buang kulit dan potong dua. Gaul dengan tepung jagung, lada sulah dan garam dan perap seketika.


2. Goreng ketam tersebut di dalam minyak yang banyak dan ketepikan.

3. Cairkan mentega di dalam kuali, tumis bawang putih, cili dan daun kari hingga wangi.

4. Masukkan santan dan kiub ikan bilis.

5. Masukkan telur masin dan ketam goreng tadi, kacau hingga pekat dan keduanya bersalut.

6. Hidangkan dengan nasi panas.





6 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Fiza..emmm setakat ni saya pernah buat udang bersalut telur masin jeeee adaptasi dari resipi ketam juga..Tapi yang ni buh santan...pasti lebih terasa lemaknya....

    BalasPadam
  2. telur asin tu nk kena rebus dlu ker?

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Akak tak rebus pun naza qibs...cuma lenyek dengan garfu dan masukkan terus ke dalam santan tu. :)

    BalasPadam
  5. Iya Sue@nenie, buh santan lagi sedap dan agak pekat bersalut dengan ketam.

    BalasPadam
  6. nk tukar pd ayam sedap ker kak?sy xpandai nk gigit ketam..hihiihi

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen :)