Assalamualaikum,
Makan tengahari di mana hari ni? Bagi saya sama sahaja jika makan di rumah atau di luar, masakan kampung tetap menjadi pilihan utama. Hari ini saya ingin berkongsi kesedapan resepi ikan bakar dan sambal kuinin yang saya buat baru-baru ini. Resepi ikan bakar ini saya ambil dari resepi asal chef hanieliza tetapi saya gandakan bahan-bahannya mengikut saiz ikan.
Dah lama tak makan buah kuinin, baru-baru ini saya jumpa di pasar basah dan dalam fikiran memang berkira-kira nak buat sambal dan cicah dengan ikan bakar.
Jom, langsung saja kita lihat...kecur dah air liur ni bila teringatkan keenakan buah kuinin.
IKAN BAKAR DAN SAMBAL KUININ
Bahan-bahan :
1 ekor ikan sederhana besar
BAHAN B - Di Kisar
3 ulas bawang merah
2 batang serai
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
10 biji cili kering - rendam dengan air mendidih
Cara membuatnya:
1. Siang ikan, bersihkan dan kelar sedikit.
2. Kisar bahan B dan perapkan dengan ikan selama lebih kurang 20minit.
3. Bakar ikan tersebut hingga masak (saya gunakan pemanggang ajaib - lebih mudah dan menjimatkan masa)
4. Setelah masak, bolehlah di hidangkan dengan sambal kuinin tadi.
SAMBAL KUININ
Bahan-bahan
Bahan A
5 biji cili merah
3 biji cili padi (jika inginkan lebih pedas boleh lebihkan cili padi)
sedikit asam jawa
4cm belacan
garam dan gula secukup rasa
Bahan B
Sebiji buah kuinin atau buah bacang
Cara membuatnya
1. Bakar belacan terlebih dahulu, masukkan semua bahan-bahan A ke dalam lesung batu dan tumbuk hingga lumat.
2. Potong buah kuinin seperti mancis dan masukkan ke dalam sambal yang masih berada di dalam lesung tadi, tumbuk lagi seketika.
3. Setelah siap, masukkan ke dalam piring dan sedia untuk di hidangkan.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)