Assalamualaikum,
Selamat berehat kepada yang masih bercuti hari ini. Saya tidak bercuti kerana pada cuti umum macam sekaranglah ramai pelancong membanjiri Pulau Langkawi dan sama seperti saya, barisan hadapan yang bekerja dalam sektor perkhidmatan dan perhotelan memang sibuk.
Dalam kesibukan sempat juga menyiapkan sebiji kek malam tadi kerana ada request dari si bongsu yang teringin nak makan kek coklat. Bila dicampur dengan horlick, makin sedaplah kek yang saya buatkan untuk dia. Topping pun saya hanya gunakan nutella yang di 'pipping' ke atas kek dan berpaduan antara nutella dan kek coklat horlick ini sungguh sedap sekali. Dek kerana kesedapannya terbabas jugalah dua potong kek ini saya kerjakan. Hee..hee...kalau iman tak kuat macam saya ni, janganlah acah-acah diet kalau jumpa apa-apa jenis kek coklat. Mesti terbabas dibuatnya.
Saya gunakan resipi yang ada dalam simpanan dan saya ambil dari perkongsian di FB tak lama dulu. Tidak pasti siapa pemilik asal resipi ini. Terima kasih kepada pemilik asal atas perkongsian resipi kek coklat horlick yang sedap ini.
Bagi yang ingin mencuba, jom lihat resipinya :)
KEK COKLAT HORLICK KUKUS
Loyang : Size 7 Inci
1 Cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/3 cawan serbuk koko
1/3 cawan horlick
4 biji telur - Gred A
225gm mentega
3/4 cawan gula kastor (dikisar halus seperti gula icing)
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
Cara membuatnya :
1. Sediakan pengukus, didihkan air dengan api sederhana. Griskan loyang kek dan taburkan sedikit tepung.
2. Putar mentega bersama gula sehingga berkrim dan gebu. Gunakan kelajuan maksima.
3. Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan. Masukkan susu pekat dan putar lagi.
4. Sementara itu ayak serbuk coklat, horlick, tepung dan baking powder.
5. Masukkan sedikit demi sedikit kedalam adunan mentega sambil diputar. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan sebatikan.
6. Tuang kedalam loyang kek dan tutup dengan aluminium foil. Kukus selama 1jam. Setelah masak sejukkan terlebih dahulu sebelum keluarkan dari loyang dan hiaskan.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)