Assalamualaikum dan salam jumaat.
Dah lama benar tak update blog. Kebelakangan ini kesihatan tidak mengizinkan. Demam dan bengkak tonsil silih berganti hinggakan tiada mood untuk berblogging dan masak memasak. Sejak meningkat usia ni makin tidak tahan dengan cuaca panas rupanya. Tapi Alhamdulillah kerana ujian kecil ini mendorong saya untuk mendapatkan rehat secukupnya.
Hari ini dapatlah berkongsi resipi brownies cheese crackers dengan pembaca blog yang masih setia berkunjung kesini. Resipi biasa-biasa sahaja, sekadar menghabiskan stok cheese crackers kegemaran anak bongsu saya.
Berminat nak cuba? Jom kita lihat resipinya :)
BROWNIES CHEESE CRACKERS
3 biji telur - Gred A
120gm tepung gandum
200gm mentega
200gm coklat masakan - dipotong
150gm gula kastor
70gm biskut cheese crackers
40gm walnut
Cara membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 175'c dan sediakan loyang saiz 8 inci x 8 inci.
1. Panaskan oven pada suhu 175'c dan sediakan loyang saiz 8 inci x 8 inci.
2. Di dalam periuk, cairkan mentega lalu masukkan coklat masakan. Kacau hingga cair dan bercampur, dinginkan.
3. Didalam mangkuk lain pula pukul telur hingga kembang. Tuang kedalam bekas tepung dan gula serta masukkan coklat masakan yang dicairkan tadi. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan pula cheese crackers dan walnut, kacau lagi.
5. Seterusnya tuang adunan kedalam loyang dan bakar dalam 25 hingga 30minit.
TOPPING
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar mentega
keju cheddar parut secukupnya
Cara membuat :
1. Masakkan semua atas api kecil dan kacau hingga pekat dan berkilat. Jika agak pekat, boleh tambahkan sedikit susu cair atau susu segar.
2. Tuang diatas brownies yang telah disejukkan dan taburkan keju parut secukupnya.
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar mentega
keju cheddar parut secukupnya
Cara membuat :
1. Masakkan semua atas api kecil dan kacau hingga pekat dan berkilat. Jika agak pekat, boleh tambahkan sedikit susu cair atau susu segar.
2. Tuang diatas brownies yang telah disejukkan dan taburkan keju parut secukupnya.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)