ROTI JALA COKLAT DENGAN KUAH KASTAD

Assalamualaikum, 

Roti jala coklat dengan kuah kastad, hidangan untuk anak-anak sebelum kesekolah hari ini. Resipinya ringkas tapi anak-anak pasti suka dengan rasa coklat digandingkan dengan kuah kastad. Saya gunakan 2 cawan susu segar dutch lady perasa coklat untuk membancuh adunan roti jala dan rasa coklatnya memang terasa.

Bagi yang ingin mencuba resipinya seperti dibawah ni :) 
ROTI JALA COKLAT 
Bahan-bahan 
2 cawan tepung gandum 
2 cawan susu segar perasa coklat - Dutch lady 
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh garam 
2 biji telur

Cara membuatnya: 

1. Masukkan semua bahan-bahan kedalam mangkuk besar. Kacau hingga sebati dengan hand whisk dan pastikan tidak ada tepung yang berbintil.

2. Panaskan kuali anti lekat, Masukkan adunan kedalam acuan roti jala dan bolehlah mula menjala. 

3. Setelah masak bolehlah dilipat.
KUAH KASTAD
Bahan-bahan
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula kastor
1 tin susu cair
30gm mentega
Cara membuatnya: 

1. Panaskan kuali masukkan tepung kastad, gula kastor dan susu cair. 

2. Kacau dengan api perlahan sehingga semua bahan cair dan pekat.

3. Tutup api dapur dan masukkan pula mentega. Kacau hingga sebati dan bolehlah dihidangkan dengan roti jala coklat. 

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)